Perkembangan wabak Maut Hitam di England

Pada tahun ini, di Melcombe, dalam kounti Dorset, sejurus sebelum Jamuan St. John the Baptist, dua kapal, satu darinya dari Bristol, datang berlabuh. Seorang kelasi membawa bersamanya dari Gascony benih wabak pestilence yang teruk dan melaluinya mereka dari bandar Melcombe adalah yang terawal di England yang dijangkiti.

Grey Friars' Chronicle[25]

Menurut babad paderi Franciscan (Grey Friars) ketika pemerintahan Raja Lynn, wabak itu tiba dengan kapal dari Gascony ke Melcombe Regis di Dorset – kini biasanya dirujuk sebagai Weymouth, Dorset – tidak lama sebelum Jamuan St. John the Baptist" atau pada 24 Jun 1348.[26] Sumber lain menyatakan tempat ketibaan yang berlainan, termasuk Bristol dan Southampton.[27] Sungguhpun wabak ini mungkin tiba secara bebas di Bristol pada masa berikutnya, Babad Grey Friars di anggap sebagai paling Chronicle is considered the most authoritative account.[28] Sekiranya ia dianggap bahawa babad ini melapurkan "permulaan penyakit" wabak, bukannya "ketibaan" sebenarnya, ketibaan sebenarnya kemungkinannya berlaku sekitar 8 May.[29]

Dari Weymouth penyakit tersebut merebak dengan pantas menyeberangi barat daya. Bandar utama yang pertama dilandai adalah Bristol.[30] London dilanda pada musim gugur 1348, sebelum kebanyakan kawasan desa sekeliling. Peristiwa ini pasti berlaku pada November, sungguhpun menurut sesetengah lapuran seawal 29 September.[31] Ketibaan di London berlaku melalui tiga jalan utama: jalan darat melalui Weymouth – menerusi Salisbury dan Winchester – jalan darat dari Gloucester, dan sepanjang persisiran melalui kapal.[32] Kesan penuh wabak tersebut dirasai di ibu kota pada awal tahun berikutnya.[33] Keadaan di London adalah sesuai bagi wabak: jalannya sempit dan melimpah dengan kumbahan< dan rumah melimpah ruah dan tertutup tanpa peredaran udara.[34] Menjelang March 1349 penyakit itu telah merebak dengan tidak sekata sepanjang selatan England.[35]

Awal separuh tahun 1349 Maut Hitam merebak ke utara. Medan kedua dibuka apabila wabak sampai melalui kapal di Humber, bilamana ia merebak ke utara dan selatan.[36] Pada bulan May ia sampai ke York, dan semasa musim panas Jun, Julai dan Ogos, ia melanda utara.[37] Daerah kounti utara tertentu, seperti Durham dan Cumberland, telah menjadi mangsa serbuan ganas dari Scotland, dan dengan itu amat terdedah kepada kemusnahan wabak tersebut.[38] Pestilens menjadi kurang ganas semasa musim sejuk, dan merebak kurang pantas.[39] Maut Hitam di England melepasi musim sejuk 1348-49, tetapi pada musim sejuk berikutnya ia berhenti, dan menjelang Disember 1349 keadaan semakin pulih kepada sediakala.[40] Ia telah mengambil penyakit tersebut sekitar 500 hari untuk menyelitupi keseluruh negara.[41]